Showing posts with label Kenzo. Show all posts

Majlis Perbandaran Port Dickson Cekik Darah!

Semalah aku pergi ke Port Dickson (PD) untuk menghadiri satu reunion sekolah yang hanya dihadiri oleh 19 orang sahaja.. Namun ia tetap tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti yang hendak dijalankan pada hari tersebut.

Setibanya di pantai Port Dickson, kami semua mencari tempat untuk dijadikan kawasan untuk kami semua melakukan aktiviti. Wah! Dah lama sangat rasanya tak pergi ke PD.. Port kawasan kami di atas pasir pantai, dan berbumbungkan pokok kelapa. Upacara menghidupkan api untuk BBQ pun bermula kemudian kerana kalau lambat-lambat, pukul berapa pulak nak makan kan? Haha. Selain itu ada yang pergi main banana boat, ada yang tengah buat persedian untuk BBQ, dan ada juga pergi tukar baju nak terjun laut!

Kemudian aku dan kawan-kawan yang membuat kerja gila pergi ke pulau yang berdekatan dengan hanya berenang. Tapi, time tu air belum pasang so air laut tu baru paras-paras dada aku saja..Huhu. Akhirnya kami berjaya dan kemudian kami berpatah balik untuk pulang..

Setibanya kami di port kami! Seorang kawan menunjukkan saman yang dikeluarkan oleh pihak majlis perbandaran sebanyak RM250! Wooo! Banyak tu.. Saman sebab menyalakan api diatas pasir pantai? Ada juga ya peraturan tu? Haisshh! Tapi tak kan la sampai RM 250? Bukannya kami semua tahu pon kalau buat macam tu salah. Tapi engok kiri kanan depan belakang semua takda pulak signboard larangan! Pegawai tu kata ada di kawasan pintu masuk.

Masalah dia, kalau signboard tu besar rumah boleh la kata kita ni buta. Ini signboard besar buku je pon.. lepas tu hanya ada satu sahaja signboard kat situ. Signboard tu pula bengkok hampir patah! Hari Ahad pon operasi ke? Dah la kami orang luar, lepas tu tak bagi peluang.. Kalau dia bagi peluang untuk kemas cepat dahulu, kemudian sekiranya belum kemas lagi dia nak saman tak apa la.. Ini tidak, dia bagi saman dah terus blah je! Fiuhhh!

Selepas dapat je surat saman tu, kami masing-masing hilang mood. Kemas-kemas barang BBQ setelah hanya beberapa ketul ayam sahaja dapat dibakar. Sungguh hilang mood! So, nak hilangkan mood kurang baik tu.. Kami main tanam-tanam manusia.. Wakaka! Dah, tu saja nak cerita. Bosan!

Posted in , | 6 Comments

Penggemar Kucing!


Tiba-tiba rasa nak tayang sikit gambar kucing aku. Sikit jela, tak banyak pon. Haha. Ini adalah gambar 2 ekor kucing aku daripada 4 ekor. 2 ekor ni pasangan adik beradik, mak sama tapi bapak aku tak pasti sama ke tak. Haha. Nama kucing ni, mak aku yang bagi setelah 2 or 3 nama yang diberi tak memberi daya tarikan. Akhirnya mak aku bagi nama zaman dahulu kala. Siap nama panglima pon ada, Jebat! Malas dah aku nak berceloteh panjang-panjang. Korang usha jela gambar kucing aku. Kalau nak tengok gambar tuan kucing kat sini!


 





P/S: Banyak lagi gambar-gambar kucing aku tapi mls nak upload. Siapa nak gambar kucing ni lagi, bagitahu la aku.

Posted in , | 25 Comments

Permohonan Kemasukan ke IPT Tak Berjaya!

Kecewa! Itulah yang hanya dapat aku katakan pada ketika ini. Kesedihan yang melanda aku bagai taufan mengganas membinasakan apa disekelilingnya dengan sekelip mata. Aku sangat berharap untuk sambung belajar bagi mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda, tetapi keputusan adalah disebaliknya!

Tiada apa yang dapat aku lakukan sekarang melainkan membuat rayuan, tetapi masalahnya ia mengatakan maklumat aku tiada dalam pangkalan data! Sedangkan sebelum itu, dia mengatakan aku tidak berjaya! Adakah permohonan aku terus dicampak! Alahai~ Sedih ni, seolah-olah tidak dapat menerima keputusan ni ( memang tak boleh terima pon) Huhu.

Walau macam mana pon, aku perlu tabah menghadapi semua. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang tidak melayakkan aku untuk sambung belajar. Jika itulah kesudahannya, aku akan bekerja dahulu sebelum mencubanya sekali lagi pada intake yang akan datang.


P/S : Disebabkan kecewa, MrConteng berkabung dengan tidak meletakkan gambar pada entry kali ini. Harap Maaf.

Posted in , | 27 Comments

Gambar Bercuti di Melaka 2010!


Sebut sahaja Melaka, semua akan terbayang Kota A'Famosa yang menjadi antara peninggalan sejarah di negara kita. Entri kali ini, aku cuma nak sempurnakan hajat aku untuk meng'upload' gambar-gambar semasa aku dan rakan-rakan (Teammate Futsal KJB) pergi ke Melaka pada minggu lepas. Tak banyak tempat yang kami lawat pon, sebab kesuntukan masa. Kami sampai pada hari Jumaat malam dan singgah makan di Bandar Hilir, keesokan hari pula kami pergi ke Pulau Besar untuk beriadhah dan pada malam itu pula kami membuat BBQ. Pada hari terakhir iaitu pada hari Ahad, kami keluar berjalan di Bandar Melaka melawat tempat-tempat bersejarah yang ada di sana. Kemudian kami bertolak pulang ke Shah Alam pada sebelah petang. FIUHH!











Akhir kata, Melaka best! Tak sabar untuk pergi sekali lagi tapi tak tahu bila lagi. Hehe.

Posted in | 12 Comments

Maaf, MrConteng Belum Hilang Penat!

Kepada followers dan blogger yang berkunjung ke blog ni, MrConteng nak mintak maaf dekat korang semua sebab dah lama tak update blog walaupun dah balik dari Melaka pada hari Ahad lepas. Masih belum hilang penat lagi, so tak sempat nak balas kunjungan korang semua. Buat masa sekarang ni, MrConteng hanya mampu berhubung dengan lebih dekat dengan anda semua melalui Facebook Blog Inspirasi Conteng-an sahaja. InsyaAllah dalam masa terdekat ni MrConteng akan kembali semula, tetapi sekarang ni MrLukis akan ganti tempat MrConteng buat sementara waktu. MrConteng nak rehat secukupnya sebelum kembali cergas dalam masa yang terdekat ni, dan akan update blog dengan entri baru berkaitan holiday di Melaka baru-baru ni.

Posted in , | 3 Comments

Melaka Maju 2010!



 
Entri khas ini di conteng bertujuan untuk memberi tahu followers dan semua blogger, yang aku akan ke Negeri Melaka Bandar Bersejarah pada malam ini dengan rakan-rakan aku yang lain. So, MrConteng korang ni tak dapat la nak pergi BW ke blog korang sehingga Ahad ni.

Dalam masa 2 hari, aku rasa kalau korang terjah blog Inspirasi Conteng-an memang susah aku nak balas kunjungan tu. So, korang boleh la tinggalkan jejak korang dekat laman sosial paling popular abad kini iaitu Facebook! Nanti senang la aku dah balik dari Melaka, aku terus serang korang punya blog! Hehe.

Tajuk je Melaka Maju 2010, tapi cerita pasal Melaka langsung takda! Citt! Maaf la ye, lepas aku balik dari Melaka aku wat entri yang betul-betul Melaka punya! Hehe.

So, apa lagi! Like page Blog Inspirasi conteng-an di Facebook supaya anda dan kami lebih dekat

Posted in , , | 5 Comments

Formula SAE adalah F1 Junior!

Tahu tak korang kat Malaysia ni ada juga sukan bermotor yang popular lain selain F1, Moto GP, Cuprix dan lain-lain. Ia dikenali sebagai Formula SAE, adik beradik F1 juga. Cuma perbezaan ketara yang boleh kita nampak terhadap saiznya dan spesifikasi enjinnya.

Mercedes GP Petronas


Formula SAE dekat Malaysia ni baru beberapa tahun sahaja diperkenalkan. Tetapi Formula SAE ni lebih kepada pembangunan idea automotif dikalangan para pelajar dari IPTA dan IPTS. Kini hanya dua institusi di Malaysia sahaja yang pernah menganjurkan perlumbaan ini, iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menganjurkan  EIMARace dan Universiti Teknikal Melaka (UTeM) pula menganjurkan perlumbaan yang diberi nama Formula Varsity. Dalam setahun hanya dua perlumbaan Formula SAE akan berlangsung.













Antara gambar-gambar jentera institusi di Malaysia Sekitar EIMARace 2010 anjuran UTM yang berlangsung pada bulan Julai lepas. Apa macam? Gempak tak? hehe.



+Info lanjut & Gambar : UTM - EIMARace ; UTeM - Formula Varsity

Posted in , , , | Leave a comment

Copy & Paste Alam Maya!


Alamak! Ingatkan zaman copy & paste gambar orang lain dan make it as profile picture masa zaman Myspace dulu dah berlalu. Rupa-rupanya ada lagi ya? Kesian sungguh la orang yang menjadi mangsa tu. HAISSHHH! Tapi bukan orang tu saja, orang-orang ditipu tu lagi la kesian. Mati-mati percaya kewujudan si penipu ni.

Actually, aku adalah antara orang-orang yang pernah ditipu dengan si penipu alam maya ni. ADUSSH! Setelah sekian lama, hampir 2 tahun ditipu akhirnya baru aku tau yang sorang minah ni penipu serta menipu aku. Guna gambar orang lain dan nama lain nak tipu orang, apa motif pon aku tak tau. Agaknya la kan, minah ni mesti memang out gila! tak ada orang nak layan dia, sampai desperate sangat sampai buat macam tu. Sekarang ni aku tak layan dah minah ni, sebab kaki kencing rata-rata punya orang. Tapi aku tak tau nk cakap dengan minah ni yang aku dah tau tembelang dia, sebab aku tak suka kecik kan hati orang, tak suka maki orang. So, aku lebih suka setelkan dengan cara yang lebih cool. haha.

Ada lagi..... Ni bukan kisah aku la, tapi kisah kawan aku. Aku tak faham, dah terang-terangan minah yang dia ni kenal nampak sangat copy paste punya orang tapi lagi nak layan. Nak kata minah fake ni desperate, tak pulak. Tapi macam kawan aku pulak yang desperate. haha. ADESSS! Aku dah suruh jangan layan, tapi layan juga. Apa la, lain kali dengar cakap orang yang berpengalaman ni. haha.

Apa-apa pon, aku harap siapa-siapa yang ada hati nak buat fake profile sebab desperate sangat nak dilayan dengan kasih sayang yang secukupnya tolong jangan buat macam tu. Cuba jujur, tulus, dan ikhlas jika nak berkawan. haha. Kalau dah pecah tembelang, ramai pulak orang membenci nanti susah. Ingatlah, sesungguhnya orang yang teraniaya itu makbul doanya. Sekian..

Posted in , , , , | 2 Comments

Bukan Sekadar Conteng!


Sebenarnya aku nak cerita sikit macam mana boleh wujudnya blog ni. OK! Actualy, aku penah buat blog sebelum ni tapi aku jarang sangat la nak update blog dari semasa ke semasa. Tapi sejak dua menjak tiga menjak ni timbul pula satu perasaan nk berkecimpung balik dalam conteng-menconteng blog.

Mula-mula, kalau tak nama blog ni bukan Inspirasi Conteng-an. Tapi disebabkan atas faktor-faktor tertentu, aku ubah la nama blog ni supaya tak sama dengan blog orang lain dan tak la dituduh meniru atau copy & paste. Secara rasionalnya blog ni bukan la nak pamerkan karya-karya contengan aku yang menarik, dengan di warnai dengan warna-warna pelangi je tetapi ada juga fakta-fakta dan realiti kehidupan macam blog orang lain.

Aku kalau bab nak reka cerita sambil menulis mmg FAIL! Idea penulisan tu agak kurang, lagi-lagi sebelum nak buat post baru. Niat hati nak post apa-apa yang baru dan menarik, tapi tajuk post pon susah nk datang dalam kepala ni. Kalau aku tengok blog orang lain, pergggghhh! panjang gila post dia. Pelik juga aku korang ni banyak betul idea nak taip panjang-panjang ya? hehe.

Diam tak diam, tiba-tiba aku macam tak percaya pulak. WOW! banyak juga aku taip untuk post ni. Sebelum ni hampeh sungguh, tak pernah langsung sebegini rupa. Adakah ini satu inspirasi dari menconteng? hehe. Apa-apa pon, good job! untuk diri aku sendiri. Permulaan yang baik ni aku harap dapat la dikekalkan, jangan hangat-hangat taik ayam je. haha. So, enjoy it!

Posted in , , | Leave a comment

Cuba Conteng!

 

Jika contengan tak seberapa kemas, jangan mengeluh... Mengertilah ianya adalah hasil daripada insan yang serba tidak lengkap. Kurang ilmu dan fahaman, tetapi sentiasa mahu kan perubahan demi kemajuan.

Posted in , , | Leave a comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...