Sebenarnya aku nak cerita sikit macam mana boleh wujudnya blog ni. OK! Actualy, aku penah buat blog sebelum ni tapi aku jarang sangat la nak update blog dari semasa ke semasa. Tapi sejak dua menjak tiga menjak ni timbul pula satu perasaan nk berkecimpung balik dalam conteng-menconteng blog.
Mula-mula, kalau tak nama blog ni bukan Inspirasi Conteng-an. Tapi disebabkan atas faktor-faktor tertentu, aku ubah la nama blog ni supaya tak sama dengan blog orang lain dan tak la dituduh meniru atau copy & paste. Secara rasionalnya blog ni bukan la nak pamerkan karya-karya contengan aku yang menarik, dengan di warnai dengan warna-warna pelangi je tetapi ada juga fakta-fakta dan realiti kehidupan macam blog orang lain.
Aku kalau bab nak reka cerita sambil menulis mmg FAIL! Idea penulisan tu agak kurang, lagi-lagi sebelum nak buat post baru. Niat hati nak post apa-apa yang baru dan menarik, tapi tajuk post pon susah nk datang dalam kepala ni. Kalau aku tengok blog orang lain, pergggghhh! panjang gila post dia. Pelik juga aku korang ni banyak betul idea nak taip panjang-panjang ya? hehe.
Diam tak diam, tiba-tiba aku macam tak percaya pulak. WOW! banyak juga aku taip untuk post ni. Sebelum ni hampeh sungguh, tak pernah langsung sebegini rupa. Adakah ini satu inspirasi dari menconteng? hehe. Apa-apa pon, good job! untuk diri aku sendiri. Permulaan yang baik ni aku harap dapat la dikekalkan, jangan hangat-hangat taik ayam je. haha. So, enjoy it!
Post a Comment