Ala-Ala Drama Korea! #2






Ini adalah entri sambungan bagi Ala-Ala Drama Korea! #1 yang dah di post kan pada bulan lepas. Kali ni aku teruskan penceritaan kisah seorang anak muda yang berjaya buntu apabila pintu hatinya deketuk oleh dua orang wanita. haha. Macam tajuk lagu pulak! hehe.

Puncanya kejadian yang berlaku tu, mungkin sedikit sebanyak memang kerana aku. Tapi tak boleh salahkan aku 100% sebab dah banyak kali aku nak dia jadi kekasih aku. Perangai dia yang dah berubah melebihi tahap bahaya iaitu 50% agak menggusarkan hati aku ni, namun lama-kelamaan dia dapat juga menerima perkara ni.

Selepas itu, dia dan aku semakin jarang berhubung melalui handphone samada call ataupun mesej. Dalam tempoh itu, dah ramai laki dia kenal dan dia mempunyai hingga 2 hingga orang teman lelaki dalam satu masa. WOW! dia ni memang berubah la! Tapi aku takda la cakap apa-apa, cuma aku perli dia je sebab banyak BF. haha. Time aku nak kat dia dulu, sorang pon takda! haha.

Hubungan aku dengan gadis yang aku pilih pada masa tu sungguh bahagia, kerana dia seorang gadis yang baik hati, caring, dan mempunyai wajah yang cantik. hehe. hubungan kami semakin erat tetapi kebahagian tu tak kekal lama. Hampir setahun perhubungan kami, lalu ia retak seribu! Mungkin akibat pihak ketiga, jarak perhubungan yang jauh, kepercayaan, serta pelbagai penipuan. Aku tahu segalanya tentang dia, walaupun hanya hampir setahun aku berpacaran dengan nya. Tetapi aku hanya diam kan diri, walaupun aku tahu dia ada buat salah. Aku hanya terus menyayangi dan mencintai dia, walaupun perasaan dia terhadapa aku ketika itu kian pudar.

Setelah itu, aku terus memberitahu kepada dia yang aku telah berpisah dengan gadis itu dan dia terus ingin aku menjadi skandalnya selepas mendengar berita itu. haha. Ketika itu dia, mempunyai 2 teman lelaki dan dia berhasrat untuk berpisah dengan mereka. YES! ada peluang la aku masuk jarum balik. haha.


P/S: Kisah ini belum tamat! Nantikan sambungan!

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

4 Responses to Ala-Ala Drama Korea! #2

  1. sembil9n says:

    ada sambungan tak ni bro? ahaha...cerite ko menarik....

  2. ada....tgh dalam penulisan lagi...sabar ye..

  3. -KaMi- says:

    bes2.. nk bce part 3 palk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...