Showing posts with label Gallery. Show all posts

Komik Strip Lawak Bomax! #3 (Special Edition)

Tak jelas? Klik pada gambar untuk tumbesaran. (zoom)

Ini adalah komik yang pertama dipostkan di blog ini pada untuk tahun baru ini iaitu tahun 2011. Oleh sebab itu, kali ini komik agak menarik sebab aku dah masukkan warna untuk mecantikkan lagi komik tu. Kalau tak cantik, mintak maaflah ye. Hihi..

Sebenarnya aku pon belajar sendiri dengan bantuan video-video kat youtube macam mana nak guna photoshop masukkan kaler dalam komik. Aku amik masa dua hingga tiga hari untuk masukkan warna satu komik strip hingga siap. Kaedah dia agak cuma leceh, sebab kena banyak buat layer.

P/S: Harap korang boleh bagi komen. :)

Posted in , , , , | 7 Comments

Komik Strip Lawak Bomax! #2


Ok! Dikesempatan ni, aku nak mintak maaf kat korang sebab lambat publish komik strip yang baru sebab ada masalah teknikal sikit. Lepas ni InsyaAllah kami akan memperbanyakkan lagi komik-komik dengan cerita yang berbeza.

Apa-apa pon, aku harap korang bagi support dekat blog ni di BPM, Klik SINI.. So, supaya MrLukis makin bersemangat nak buat banyak komik dan ianya akan di publish secepat mungkin nanti.

Posted in , , , , | 26 Comments

Grim Reaper Hantu Tengkorak!

 

Grim Reaper antara salah satu hantu yang diconteng oleh MrLukis tetapi nampak macam sebuah lukisan! Contengan ini dah dihantar ke blog barbahtiar.com untuk di canang di blognya dalam entri bertajuk Jom conteng-conteng @ bardbahtiar.com. Katenya, ini bukan la contest tetapi jika ia mendapat sambutan ada hadiah! hehe. Jom la join! Secara tak langsung, dia boleh tolong up traffic blog anda.


Berbalik pada Grim Reaper si hantu tengkorak ni, idea tercetus lepas main game online Mission Against Terror (MAT). Masa tu tengah Hollowen day dan tak semena-mena idea untuk menconteng tu tercetus! Maka terhasil la satu lukisan dari idea contengan.

P/S: Kepada yang lemah semangat, jangan tengok gambar Grim Reaper tu banayk kali. Dikhuatiri perkara buruk akan berlaku, seperti mimpi hantu ketika sedang tidur lalu terkencing ketakutan!(kencing malam). Hihi.

Posted in | 10 Comments

Komik Strip Lawak Bomax! #1



Alhamdulillah! Akhirnya berjaya juga projek terbaru blog inspirasi conteng-an yang diinspirasikan oleh foundernya sendiri iaitu MrConteng, dan dibantu co-founder MrLukis. Projek ini dijangka lebih awal di pertontonkan di blog ini, tetapi disebabkan ada masalah teknikal maka ia terpaksa ditangguhkan dahulu. Idean ini tercetus 2 minggu yang lalu dan ia telah berjaya dirasmikan pada hari ini. Banyak lagi komik strip yang akan di upload dalam projek 2011 inspirasi conteng-an. Untuk tidak terlepas membaca komik yang ada di sini, sila ke Facebook kami!

Posted in , , , | 16 Comments

Contengan atau Lukisan!

Aku cuma nak kongsi dengan blogger di alam maya ni hasil seni yang dicipta oleh kakitangan Inspirasi Conteng-an sendiri, iaitu adik aku sendiri. Dia memang berbakat besar dalam bidang seni yang aku tak pasti samada Contengan atau Lukisan ( Padahal aku tau, saja nak dijadikan cerita je. Haha). Banyak karya-karya dia kat rumah bersepah-sepah, dan aku ambil sebahagian sebagai permulaan untuk dipertontonkan kepada orang ramai di alam maya ini dengan kebenaran dia. Aku ni bukan jenis orang yang Copy & Paste Alam Maya sesuka hati, aku mintak izin tau walaupun dia adik aku sendiri.



 
Banyak lagi akan di upload selepas ini. Lepas ni mungkin hasil seni yang lain akan datang dalam Comic Strip pula. So, nantikan ianya di Blog Inspirasi Contengan! Jangan ketinggalan ye semua.

Posted in | 11 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...