Salamfone Penaja Rasmi Imam Muda!


Salamfone Sdn Bhd adalah anak syarikat Reach Telecom, iaitu sebuah syarikat teknologi berpusat di Kuwait yang menyediakan penyelesaian mudah alih, akan mengubah cara anda berkomunikasi dengan rangkaian produk dan perkhidmatan yang berpandukan prinsip-prinsip Shariah dan lima rukun Islam. 
 
5 Rukun Islam: -

•   Mengucap dua kalimah syahadah
•   Menunaikan solat fardhu lima waktu
•   Berpuasa pada bulan Ramadhan  
•   Membayar zakat – zakat fitrah & zakat harta 
•   Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu  
 
Kami berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan mudah alih mengikut piawaian industri yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kami juga memberi jaminan ketelusan dan integriti dalam semua urusan yang kami jalankan.

Tanpa berselindung, kami menjelaskan dengan terang dan tepat segala yang kami tawarkan. Oleh itu, anda akan mendapat perkhidmatan yang adil dan sah, sesuai dengan keinginan anda untuk kemudahan mudah alih yang ringkas dan saksama.
Melangkaui sekadar produk berteraskan Shariah. 
 
PRINSIP SHARIAH 
 
Salamfone adalah perkhidmatan mudah alih pertama yang berasaskan shariah dari segi operasi , proses dan prosedur syarikat ,dari segi produk produk dan servis yang kami tawarkan , dari segi kontrak hingga ke transaksi jualan dan dalam segala aktiviti yang dikendalikan pihak pengurusan.

Dengan panduan badan penasihat Shariah kami, ZI Shariah Advisory Sdn Bhd, Salamfone telah mendapat pensijilan Shariah pada Disember 2010.

Untuk mengekalkan ketelusan dan menjaga keringkasan prinsip-prinsip Shariah asas, kami akan terus bekerjasama dengan badan penasihat Shariah kami. Ini supaya kami dapat menjamin yang terbaik buat anda
 
Maklumat lanjut sila layari:

FB page like:

7 Comments

Kenderaan Penghantar Makanan Yang Tiada Di Malaysia!

Kalau korang nak tau ni adalah kenderaan yang budak-budak penghantar makanan segera di China gunakan! (KFC tu baii.... HAHA.) Kalau dekat Malaysia, basikal macam ni digunakan oleh makcik-makcik yang nak pergi pasar. Tapi dekat China, diorang guna basikal ni untuk hantar pesanan makanan. Huhu. Tapi bukan di seluruh daerah negara China mereka menggunakan basikal sebagai kenderaan utama untuk menghantar pesanan, cuma di beberapa daerah sahaja. Gambar ini diambil di daerah Shenzen.

Kalau korang nak tahu lagi, di negara China masih ramai yang menggunakan basikal sebagai kenderaan utama. Tak kisahlah company makanan yang besar or kecik ke.. Contoh yang ada, seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut! Tak percaya tengok gambar dibawah.
Haaa. Baru korang tau kan? Aku pon baru tau... Kalau nak lagi bukti-bukti, korang boleh cari kat google gamba-gamba kenderaan penghantar kat seluruh dunia pulak. Mana la tau, kat africa sane, mereka hantar guna gajah ataupun tunggang harimau bintang ke kan? Hihi..

Tapi ni ada satu kenderaan penghantar yang lain sikit! Bukan dekat China, ini di Dubai! Ermmm.. Takdelah lain mana pon, guna motor jugak macam di Malaysia. Cuma kenderaan yang digunakan moto kuasa tinggi. HAHA.. Macam motor Blade pon ada.. Konform xsampai 5minit dah sampai kalau oder macam ni..

10 Comments

Keluang Man Follower Inspirasi Conteng-an

Setelah sekelian lama aku menyepi, kini aku kembali seperti biasa! Tapi tak lama la.. Kejap lagi hilang balik la, atas sebab kerja. HUHU. Tengah takda kerja boleh la curi-curi cari idea nak taip apa kat blog. Macam Keluang Man pulak aku ni, setelah lama menyepi kini Keluang Man buat come back! 

Cerita pasal Keluang Man teringat zaman budak-budak dulu. HUHU. Haaa! Siapa kat Malaysia ni tak tahu pasal Keluang Man memang pelik la kan. Bagi yang lahir pada tahun 90-an dan sebelumnya mesti sangat mengenali superhero Malaysia ni. Lagu Keluang Man ni memang best! lagi-lagi Ainan Tasneem yang nyanyi. HAHA. Nak dengar lagu Keluang Man klik SINI.
Nampak tak gambar kat atas? Tak jelas? Klik gambar kata atas tu, then leh zoom! Hehe. Sebenarnya rasa agak terkejut dan bangga sikit la sebab Official Blog Keluang Man jadi follower Blog Inspirasi Conteng-an. Bagi aku, ini mungkin salah satu penghargaan atau mereka tertarik dengan komik-komik dan lukisan yang terdapat di blog ini. Terima kasih UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd.! 
Kalau nak wat iklan kat blog ni boleh saja, harga boleh runding.. Atau pun ada kerja kosong ke, boleh la rekemen kan kat aku. HEHE. Tak pun peluang perniagaan yang boleh aku buat ke, contohnya jadi agent pengedar ke ape ke kan? Semangat ni! Haha
Laman web mereka masih dalam pembangunan, so mereka masih menggunakan blogspot sebagai official website mereka. Kalau ada yang berminat dengan cerita Keluang Man, kini mereka dah keluarkan komik dan ia telah di pasarkan.

Maklumat lanjut boleh layari ke Laman web rasmi Keluang Man http://keluang-man.blogspot.com/

Posted in , , , , | 5 Comments

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)

Ini adalah sticky post! sila scroll ke bawah untuk entry terkini!


Erin ni kakak kepada Elia, dan si Elia ini adalah awek kepada penjaga gol Malaysia yang tengah meletup iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Disebabkan itu, aku nak jugak buat GA ni, kalau ada rezeki menang ke kan.

Nak tahu maklumat lanjut dan nak join GA ni, jom ke Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)!

P/S: Katanya pemenang akan dipilih mengikut random.org, tak pon dipilih oleh lelaki misteri! Aku rasa lelaki misteri tu Khairul Fahmi kot.. So, apex ko pilih la aku jadi pemenang weh.. HAHA

Posted in , , | 4 Comments

Komik Strip Lawak Bomax! #3 (Special Edition)

Tak jelas? Klik pada gambar untuk tumbesaran. (zoom)

Ini adalah komik yang pertama dipostkan di blog ini pada untuk tahun baru ini iaitu tahun 2011. Oleh sebab itu, kali ini komik agak menarik sebab aku dah masukkan warna untuk mecantikkan lagi komik tu. Kalau tak cantik, mintak maaflah ye. Hihi..

Sebenarnya aku pon belajar sendiri dengan bantuan video-video kat youtube macam mana nak guna photoshop masukkan kaler dalam komik. Aku amik masa dua hingga tiga hari untuk masukkan warna satu komik strip hingga siap. Kaedah dia agak cuma leceh, sebab kena banyak buat layer.

P/S: Harap korang boleh bagi komen. :)

Posted in , , , , | 7 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...