Keluang Man Follower Inspirasi Conteng-an

Setelah sekelian lama aku menyepi, kini aku kembali seperti biasa! Tapi tak lama la.. Kejap lagi hilang balik la, atas sebab kerja. HUHU. Tengah takda kerja boleh la curi-curi cari idea nak taip apa kat blog. Macam Keluang Man pulak aku ni, setelah lama menyepi kini Keluang Man buat come back! 

Cerita pasal Keluang Man teringat zaman budak-budak dulu. HUHU. Haaa! Siapa kat Malaysia ni tak tahu pasal Keluang Man memang pelik la kan. Bagi yang lahir pada tahun 90-an dan sebelumnya mesti sangat mengenali superhero Malaysia ni. Lagu Keluang Man ni memang best! lagi-lagi Ainan Tasneem yang nyanyi. HAHA. Nak dengar lagu Keluang Man klik SINI.
Nampak tak gambar kat atas? Tak jelas? Klik gambar kata atas tu, then leh zoom! Hehe. Sebenarnya rasa agak terkejut dan bangga sikit la sebab Official Blog Keluang Man jadi follower Blog Inspirasi Conteng-an. Bagi aku, ini mungkin salah satu penghargaan atau mereka tertarik dengan komik-komik dan lukisan yang terdapat di blog ini. Terima kasih UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd.! 
Kalau nak wat iklan kat blog ni boleh saja, harga boleh runding.. Atau pun ada kerja kosong ke, boleh la rekemen kan kat aku. HEHE. Tak pun peluang perniagaan yang boleh aku buat ke, contohnya jadi agent pengedar ke ape ke kan? Semangat ni! Haha
Laman web mereka masih dalam pembangunan, so mereka masih menggunakan blogspot sebagai official website mereka. Kalau ada yang berminat dengan cerita Keluang Man, kini mereka dah keluarkan komik dan ia telah di pasarkan.

Maklumat lanjut boleh layari ke Laman web rasmi Keluang Man http://keluang-man.blogspot.com/

This entry was posted in ,,,,. Bookmark the permalink.

5 Responses to Keluang Man Follower Inspirasi Conteng-an

  1. atie says:

    hahaha..mmg lawak kartun ni..kartun awal malaysia..pergerakan pun tak berapa smooth mcm upin ipin..tp okla utk permulaan kartun malaysia~

  2. best citer nie...dulu tak miss tgk... ehehehe

  3. best koot keluang man ni..huhu..aku dulu x penah miss cite dia~aku suka si tiong tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...