Copy & Paste Alam Maya!


Alamak! Ingatkan zaman copy & paste gambar orang lain dan make it as profile picture masa zaman Myspace dulu dah berlalu. Rupa-rupanya ada lagi ya? Kesian sungguh la orang yang menjadi mangsa tu. HAISSHHH! Tapi bukan orang tu saja, orang-orang ditipu tu lagi la kesian. Mati-mati percaya kewujudan si penipu ni.

Actually, aku adalah antara orang-orang yang pernah ditipu dengan si penipu alam maya ni. ADUSSH! Setelah sekian lama, hampir 2 tahun ditipu akhirnya baru aku tau yang sorang minah ni penipu serta menipu aku. Guna gambar orang lain dan nama lain nak tipu orang, apa motif pon aku tak tau. Agaknya la kan, minah ni mesti memang out gila! tak ada orang nak layan dia, sampai desperate sangat sampai buat macam tu. Sekarang ni aku tak layan dah minah ni, sebab kaki kencing rata-rata punya orang. Tapi aku tak tau nk cakap dengan minah ni yang aku dah tau tembelang dia, sebab aku tak suka kecik kan hati orang, tak suka maki orang. So, aku lebih suka setelkan dengan cara yang lebih cool. haha.

Ada lagi..... Ni bukan kisah aku la, tapi kisah kawan aku. Aku tak faham, dah terang-terangan minah yang dia ni kenal nampak sangat copy paste punya orang tapi lagi nak layan. Nak kata minah fake ni desperate, tak pulak. Tapi macam kawan aku pulak yang desperate. haha. ADESSS! Aku dah suruh jangan layan, tapi layan juga. Apa la, lain kali dengar cakap orang yang berpengalaman ni. haha.

Apa-apa pon, aku harap siapa-siapa yang ada hati nak buat fake profile sebab desperate sangat nak dilayan dengan kasih sayang yang secukupnya tolong jangan buat macam tu. Cuba jujur, tulus, dan ikhlas jika nak berkawan. haha. Kalau dah pecah tembelang, ramai pulak orang membenci nanti susah. Ingatlah, sesungguhnya orang yang teraniaya itu makbul doanya. Sekian..

This entry was posted in ,,,,. Bookmark the permalink.

2 Responses to Copy & Paste Alam Maya!

  1. sembil9n says:

    kata2 mu tu benar. haha... zaman IT kot..sume bnd yg btul leh jd Fake... adoit......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...