Majlis Perbandaran Port Dickson Cekik Darah!

Semalah aku pergi ke Port Dickson (PD) untuk menghadiri satu reunion sekolah yang hanya dihadiri oleh 19 orang sahaja.. Namun ia tetap tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti yang hendak dijalankan pada hari tersebut.

Setibanya di pantai Port Dickson, kami semua mencari tempat untuk dijadikan kawasan untuk kami semua melakukan aktiviti. Wah! Dah lama sangat rasanya tak pergi ke PD.. Port kawasan kami di atas pasir pantai, dan berbumbungkan pokok kelapa. Upacara menghidupkan api untuk BBQ pun bermula kemudian kerana kalau lambat-lambat, pukul berapa pulak nak makan kan? Haha. Selain itu ada yang pergi main banana boat, ada yang tengah buat persedian untuk BBQ, dan ada juga pergi tukar baju nak terjun laut!

Kemudian aku dan kawan-kawan yang membuat kerja gila pergi ke pulau yang berdekatan dengan hanya berenang. Tapi, time tu air belum pasang so air laut tu baru paras-paras dada aku saja..Huhu. Akhirnya kami berjaya dan kemudian kami berpatah balik untuk pulang..

Setibanya kami di port kami! Seorang kawan menunjukkan saman yang dikeluarkan oleh pihak majlis perbandaran sebanyak RM250! Wooo! Banyak tu.. Saman sebab menyalakan api diatas pasir pantai? Ada juga ya peraturan tu? Haisshh! Tapi tak kan la sampai RM 250? Bukannya kami semua tahu pon kalau buat macam tu salah. Tapi engok kiri kanan depan belakang semua takda pulak signboard larangan! Pegawai tu kata ada di kawasan pintu masuk.

Masalah dia, kalau signboard tu besar rumah boleh la kata kita ni buta. Ini signboard besar buku je pon.. lepas tu hanya ada satu sahaja signboard kat situ. Signboard tu pula bengkok hampir patah! Hari Ahad pon operasi ke? Dah la kami orang luar, lepas tu tak bagi peluang.. Kalau dia bagi peluang untuk kemas cepat dahulu, kemudian sekiranya belum kemas lagi dia nak saman tak apa la.. Ini tidak, dia bagi saman dah terus blah je! Fiuhhh!

Selepas dapat je surat saman tu, kami masing-masing hilang mood. Kemas-kemas barang BBQ setelah hanya beberapa ketul ayam sahaja dapat dibakar. Sungguh hilang mood! So, nak hilangkan mood kurang baik tu.. Kami main tanam-tanam manusia.. Wakaka! Dah, tu saja nak cerita. Bosan!

This entry was posted in ,. Bookmark the permalink.

6 Responses to Majlis Perbandaran Port Dickson Cekik Darah!

  1. cekik darah tak memberi keuntungan pun
    dose menambah ade laaa

  2. thomas says:

    kenapa ada undang2 mcm tu,apa takut pokok sana kena tebang ke?
    Kebiasaannya di hampir semua pantai dan tempat berkelah ada disediakan tempat barbeque.

  3. @thomas ntah la...tapi dkt sane mmg xde tempat untuk BBQ..pondok pon hanya ada satu. Bilik air untuk tukar baju or untuk bersihkan badan lps mandi laut pon xdisediakan...

  4. Anonymous says:

    abes tu bayar ke?

  5. Azree says:

    abis tu bayar ke? berapa ? aku baru kena semalam ni, cibai betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...