Dua Hari Tanpa Internet!


Dalam keaktifan aku dalam dunia penulisan dan percontengan di blog ni, aku telah ditimpa satu dugaan yang agak kecil tetapi bagi aku ia adalah antara satu dugaan yang sangat besar. Kalau tengok title post dah tahu apa dugaan yang aku hadapi. YA! Dua hari tanpa internet bermula pada petang Jumaat yang lepas, membuat aku resah dan gelisah.

Sebelum kejadian berlaku, traffic blog aku br nak naik banyak. So, masa tu kalau ada rezeki dapat la income sikit ke, mana la tau kan. Petang tu, adik aku telefon la TM untuk report internet problem tak boleh login, ditambah pulak telefon rumah aku tak boleh guna. Macam mana aku boleh call? Guna handphone la apa lagi. HAISSH! Tapi TM tak buat apa-apa pun, sampai sabtu pon tak datang juga. Pelik! Selamat dia kata report akan disetelkan dalam masa 72 jam.

Kemudian keesokan hari, aku pulak buat report yang sama dekat TM pagi-pagi lagi. Pada masa tu makbapak aku takda dekat rumah, cuma ada adik-beradik aku je yang ada. Tunggu punya tunggu sampai tengah hari, tapi tak juga datang! HAISSHH! Tiba-tiba mabapak aku balik dengan mood yang kurang baik. Rupa-rupanya TM dah dah datang, tapi kami adik-beradik tak sedar.

Maklumlah, rumah kalis bunyi la katakan. haha. Ayah aku bengang dengan TM kenapa tak contact handphone dia? Sebab masa buat report aku dah bagi no handphone supaya, dapat la dia call. Yela, telefon rumah pon rosak lepas tu hari Ahad pulak tu. Bila call no TM yang dia bagi dalam notis yang sebenarnya dia dah datang, tak pulak di jawab! HAISSSH!

Selamat hari ni dia datang repair problem internet, dan aku pon dah boleh update blog! Lega rasanya. FIUHH! Tahniah kepada warga TM yang terlibat kerana menjalankan tugas anda dengan berjaya, namun sedikit kekesalan kerana lewat, dan mengambil sikap acuh tak acuh.



This entry was posted in . Bookmark the permalink.

6 Responses to Dua Hari Tanpa Internet!

  1. Annie says:

    I agree. It's hard to get to them on phone. And their quality really suck. Main problem is procrastination and bad attitude.

  2. huhu..
    kna slalu report tuh..
    spya dorg wat cepat2..kalo x..
    mst lmbt dorg mo repair

  3. dah jadi satu keperluan hidup pulak kan...

  4. Annie: ya.. but this the first for me.
    adreynieelesisya: harap2 xrosak lagi..
    princeduyong: yup! sbb boleh buat duit dan add more friend.. lagi2 tgh menganggur sekarang ni..hehe

  5. sembil9n says:

    sudah rasa 1minggu tanpa internet...rasa bosan yang amat -__-

  6. ya.. aku pon pnah 1minggu xde internet~ tp time tu aku blaja la.. so, xde la rasa bosan sgt.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...