Kesinambungan Dahulu dan Kini Liverpool!

Peminat EPL konfom dah tau yang Liverpool telah mencatat kemenangan teruk (Kalah lagi...) kepada Blackpool 2-1 awal pagi tadi. Maka, aku nak post sedikit kesinambungan dahulu dan kini kelab Liverpool dari awal penubuhan hingga hari ini. HAHA.

Dahulu : Aku nak beritahu sejarah penubuhan kelab ini. Tapi aku malas nak ambil tahu siapa dan macam mana kelab ni mula bertapak. Yang pasti, DAHULU penubuhan kelab ini sama dengan pengeluar makanan dalam tin Ayam Brands!

Kini : Memang Liverpool dan Ayam Brands tiada kaitan, tapi KINI corak permainan Liverpool seperti ayam! Kalah memanjang! Nak menang susah betul la walaupun dekat home sendiri. Dengan itu, KINI gelaran yang sesuai untuk Liverpool adalah Cap Ayam

Dahulu : Aku pon takda lah tahu sangat pasal sejarah dunia bola dahulu kala ni. Tapi apa yang bapak aku beritahu, dan penyokong-penyokong Liverpool beritahu DAHULU Liverpool kuat! Tak kesah la, dekat EPL atau Champions League memang digeruni. NEVER WALK ALONE katanya.. HAHA.

Kini : Aku akui, Liverpool adalah big four team dalam EPL. Di Champions League pula, Liverpool memang beraksi mantap! Ada satu masa tu, walaupun prestasi kelab tu di EPL tak berapa baik, tetapi sebaliknya di Champions League. Itu DAHULU! Tetapi KINI, YOU ALWAYS WALK ALONE..HAHA.


Dahulu : Berkurun lama Carlsberg jadi penaja utama kelab ni kan? DAHULU, sponsor arak! Menang je, minum! Seri pon minum! Kalah pon minum jugak! Lepas training ke lepak-lepak ke, jangan cakap la... Mesti minum jugak! Sebab tu Kuat! Biasalah, mat salleh kan..

Kini : Semenjak Standard Chartered jadi penaja utama menggantikan Carlsberg, kelab ni nampak 'susah cari minum' kat EPL. Nak tapau kelab-kelab lain dah susah! Walaupun dengan kelab-kelab di tangga terbawah liga. KINI aku rasa lebih baik dia tukar penaja yang lebih sesuai dengan kelab ini. Nak tau apa? Standard Kampung sangat sesuai!

P/S: Disini nak mohon maaf kalau kata-kata dalam entri kali ini mengguris hati semua yang terlibat dengan Liverpool, dari orang tertinggi Liverpool hingga la kepada penyokong yang dahulu dan kini hatinya adalah untuk Liverpool.HAHA(GELAK RED DEVIL!!)

This entry was posted in ,. Bookmark the permalink.

4 Responses to Kesinambungan Dahulu dan Kini Liverpool!

  1. .:reine:. says:

    amboii posting tak hengat..kang kne bamboo la kamu.. :P

  2. sesedap rasa yer...
    nasib baik momoy supporter chelsea
    tapi posting lawak laaa...haha...
    Beza Antara HARIMAU MALAYA Dan HARIMAU MALAYSIA
    Boleh ker cara ni naikkan TRAFIK ?

  3. reine: lalala~ xde pon.. :P

    apice: huhu..

    Momoy: hehe..chelsea pon lebih kurang je~ :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...