Berita Facebook Akan Ditutup Adalah Tidak Benar!

Sekarang ni heboh di seluruh dunia yang laman social Facebook akan ditutup pada 15 Mac tahun ini yang kononnya telah disahkan oleh pengasas laman web itu sendiri iaitu Mark Zuckerberg. Desas-desus berita berkaitan laman social ini hendak ditutup telah direka oleh laman web Weekly World News dengan tajuk Facebook Will End Of March 15th!. Laman web tersebut menulis, Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

Selain Mark, Avrat Humarthi juga memberi kenyataan berikut di laman web tersebut kononnya ia adalah benar:

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook

Antara kenyataan pengasas FB di laman web Weekly World News kononnya:

“Facebook has gotten out of control.”

“I don’t care about the money, I just want my old life back.”

Sebenarnya itu adalah berita yang tidak benar! Itu hanya sekadar khabar angin, dan motif penulis laman web tersebut menyebarkan berita sedemikian belum pasti. Tetapi apa yang aku baca di laman-laman blog lain mengatakan bahawa, Weekly World News adalah satu laman web yang selalu menyebarkan berita-berita yang pelik lagi mengarut. Antara lain, FB juga menafikan akan menutup laman sosial mereka dilaman twitter. http://twitter.com/facebook/status/24237901457920002

Kalau FB nak ditutup, mesti ramai pengiklan-pengiklan di laman sosial tersebut mungkin akan terima notis daripada FB berkaitan penutupan ini lebih awal daripada kita. Tapi rasenya pengiklan-pengiklan kat FB takda cakap apa-apa pon kan...

P/S: Facebook ada baik dan buruknya. So, gunakan untuk kebaikan..

This entry was posted in ,. Bookmark the permalink.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...