Semalam telah berlangsung pelancaran bagi jersi baru bagi bola sepak Malaysia 2010/2011 dimana lambang FAM telah digantikan dengan Jalur Gemilang iaitu bendera Malaysia. Bagus! Persoalannya disini, kenapa kita perlu guna logo FAM sedangkan kita ada bendera Malaysia? Adakah pemain kita bermain hanya utk FAM bukan untuk Negara Malaysia?
Pendapat aku, penggunaan bendera Malaysia adalah wajar kerana kita adalah rakyat Malaysia. Atlit-atlit kita berjuang untuk harum kan nama negara, dan sudah tentulah ia perlu menggunakan bendera negara bukannya menggunakan logo persatuan atau bandak induk yang menguruskannya. Kalau nak letak juga tak salah, tapi Jalur Gemilang mestilah berada dia baju. Barulah ia nampak lebih patriotik dan para atlit mungkin lebih bersemangat berjuang demi negara!
Apa pendapat korang tentang jersi baru ni? Bagi aku jersi yang dahulu lebih nampak garang dan lebih gah jika dilihat, tetapi ini hanya lah pendapat. Lain orang lain minatnya kan? Apa-apa pun,
'Malaysia boleh! Make the difrrence!'
smart..
teringin nak beli 1.
:D
beli 2 la...bagi aku satu~ haha
sy pinjam gambaq baju tuh bt prof pic ya..? hehe.. LET US SUPPORT OUR MALAYSIA TEAM TONITE..! (^___-)