Ala-Ala Drama Korea! #1


Disini ada pengumuman kepada wanita-wanita bujang dan masih mencari calon boyfriend serta bakal suami suatu hari nanti, tuan blog ini belum berpunya lagi dalam kata lain 'single'. WOW! haha. Actually, saja nak beritahu status, dan tak salah rasanya kan? Bukannya desperate! hehe.

OK! Sebenarnya nak cerita satu pengalaman yang sampai sekarang mungkin belum tamat lagi. Macam mana boleh tak tahu dah tamat ke belum? HAAAA! Antara sebabnya sampai sekarang aku tak tahu kata putus dari seorang gadis yang aku dah kenal dan berkawan rapat sejak 7 tahun lalu tentang approach aku untuk jadikan dia kekasih hidup aku. huhu.

Kes ni berlanjutan sejak aku first approach dia 3 tahun yang dahulu. OH! Pada awalnya, tiap-tiap kali aku cuba open topik or berbincang pasal ni dia mesti cakap aku buat lawak. Kadang-kadang tu dia tukar topik lain, sebab nak elak dari beri jawapan. Nak kata dia tak nak dekat aku pon tak juga, sebab dia selalu bagi harapan. Agaknya dia malu dengan aku kot. hehe. Aku ni jenis tak suka orang yang bagi harapan, sebab yang selalunya harapan tu mesti palsu tapi dengan dia aku tak rasa macam tu. Pelik kan?

Gadis ni single masa aku approach dia dulu, dan aku dengan dia memang rapat. Siang malam pagi petang aku mesej dengan dia, kadang-kadang tu buat super saver. Nampak macam dah declare pasangan kekasih pon ada. Tiba-tiba, aku tergerak hati untuk mencari gadis lain dan melupakan segala harapan yang pernah dia bagi dekat aku dulu. Aku kan jenis tak suka orang bagi harapan palsu ni, dan masa tu aku anggap dia hanya bagi harapan palsu.

Setelah aku bertemu dengan gadis lain, ternyata aku takut nak bagi tahu dia. Kalau tak bagi tahu, serba salah sebab dia antara orang yang rapat dengan aku. Selepas 5 hari, aku pon bagi tahu dia yang aku ada gadis lain dalam hidup aku. Dia menerima dengan riang! Aku ingat kan dia sedih sebab aku dah ada orang lain, dan terbukti la yang selama ini dia bagi harapan palsu. Tapi lama kelamaan, suasana sekeliling bertukar sepi, sayup, dan sunyi. "Siapa kata aku taknak dekat kau?" ADESSSS! Asal sekarang baru kau nak cakap macam tu? Rupa-rupanya dia ada hati dengan aku. Apa boleh buat, terpaksa la aku meneruskan hidup bersama orang lain dan bukan dengan dia.

Lepas tragedi Oktober tu berlaku, dia bukan macam yang aku kenal selama ni. Dia terus berubah, dan perubahan yang sangat ketara. Perangai dia bertambah pelik dari hari kehari. Selama ni aku kenal dia jenis yang sukar untuk terima lelaki dalam hidup dia, tapi selepas kejadian tu senang saja dia terima. Adakah puncanya aku?

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

3 Responses to Ala-Ala Drama Korea! #1

  1. Mr. N says:

    uhui...sambungan nye mane? menarik nih~!!!

  2. wow...miera baru baca ni...menarik..mcm sama kisah ngan miera.haha

  3. huhuhu jd stalker blog ko plak..
    ttbe nmpak kisah ni menarik perhatian aku jer.. bkn mud jiwang k!!
    ttbe teringat kisah setahun yg lalu..
    nk bce part 2 nk tau sambungannya.. hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...