Archive for 2011

Salamfone Penaja Rasmi Imam Muda!


Salamfone Sdn Bhd adalah anak syarikat Reach Telecom, iaitu sebuah syarikat teknologi berpusat di Kuwait yang menyediakan penyelesaian mudah alih, akan mengubah cara anda berkomunikasi dengan rangkaian produk dan perkhidmatan yang berpandukan prinsip-prinsip Shariah dan lima rukun Islam. 
 
5 Rukun Islam: -

•   Mengucap dua kalimah syahadah
•   Menunaikan solat fardhu lima waktu
•   Berpuasa pada bulan Ramadhan  
•   Membayar zakat – zakat fitrah & zakat harta 
•   Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu  
 
Kami berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan mudah alih mengikut piawaian industri yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kami juga memberi jaminan ketelusan dan integriti dalam semua urusan yang kami jalankan.

Tanpa berselindung, kami menjelaskan dengan terang dan tepat segala yang kami tawarkan. Oleh itu, anda akan mendapat perkhidmatan yang adil dan sah, sesuai dengan keinginan anda untuk kemudahan mudah alih yang ringkas dan saksama.
Melangkaui sekadar produk berteraskan Shariah. 
 
PRINSIP SHARIAH 
 
Salamfone adalah perkhidmatan mudah alih pertama yang berasaskan shariah dari segi operasi , proses dan prosedur syarikat ,dari segi produk produk dan servis yang kami tawarkan , dari segi kontrak hingga ke transaksi jualan dan dalam segala aktiviti yang dikendalikan pihak pengurusan.

Dengan panduan badan penasihat Shariah kami, ZI Shariah Advisory Sdn Bhd, Salamfone telah mendapat pensijilan Shariah pada Disember 2010.

Untuk mengekalkan ketelusan dan menjaga keringkasan prinsip-prinsip Shariah asas, kami akan terus bekerjasama dengan badan penasihat Shariah kami. Ini supaya kami dapat menjamin yang terbaik buat anda
 
Maklumat lanjut sila layari:

FB page like:

7 Comments

Kenderaan Penghantar Makanan Yang Tiada Di Malaysia!

Kalau korang nak tau ni adalah kenderaan yang budak-budak penghantar makanan segera di China gunakan! (KFC tu baii.... HAHA.) Kalau dekat Malaysia, basikal macam ni digunakan oleh makcik-makcik yang nak pergi pasar. Tapi dekat China, diorang guna basikal ni untuk hantar pesanan makanan. Huhu. Tapi bukan di seluruh daerah negara China mereka menggunakan basikal sebagai kenderaan utama untuk menghantar pesanan, cuma di beberapa daerah sahaja. Gambar ini diambil di daerah Shenzen.

Kalau korang nak tahu lagi, di negara China masih ramai yang menggunakan basikal sebagai kenderaan utama. Tak kisahlah company makanan yang besar or kecik ke.. Contoh yang ada, seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut! Tak percaya tengok gambar dibawah.
Haaa. Baru korang tau kan? Aku pon baru tau... Kalau nak lagi bukti-bukti, korang boleh cari kat google gamba-gamba kenderaan penghantar kat seluruh dunia pulak. Mana la tau, kat africa sane, mereka hantar guna gajah ataupun tunggang harimau bintang ke kan? Hihi..

Tapi ni ada satu kenderaan penghantar yang lain sikit! Bukan dekat China, ini di Dubai! Ermmm.. Takdelah lain mana pon, guna motor jugak macam di Malaysia. Cuma kenderaan yang digunakan moto kuasa tinggi. HAHA.. Macam motor Blade pon ada.. Konform xsampai 5minit dah sampai kalau oder macam ni..

10 Comments

Keluang Man Follower Inspirasi Conteng-an

Setelah sekelian lama aku menyepi, kini aku kembali seperti biasa! Tapi tak lama la.. Kejap lagi hilang balik la, atas sebab kerja. HUHU. Tengah takda kerja boleh la curi-curi cari idea nak taip apa kat blog. Macam Keluang Man pulak aku ni, setelah lama menyepi kini Keluang Man buat come back! 

Cerita pasal Keluang Man teringat zaman budak-budak dulu. HUHU. Haaa! Siapa kat Malaysia ni tak tahu pasal Keluang Man memang pelik la kan. Bagi yang lahir pada tahun 90-an dan sebelumnya mesti sangat mengenali superhero Malaysia ni. Lagu Keluang Man ni memang best! lagi-lagi Ainan Tasneem yang nyanyi. HAHA. Nak dengar lagu Keluang Man klik SINI.
Nampak tak gambar kat atas? Tak jelas? Klik gambar kata atas tu, then leh zoom! Hehe. Sebenarnya rasa agak terkejut dan bangga sikit la sebab Official Blog Keluang Man jadi follower Blog Inspirasi Conteng-an. Bagi aku, ini mungkin salah satu penghargaan atau mereka tertarik dengan komik-komik dan lukisan yang terdapat di blog ini. Terima kasih UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd.! 
Kalau nak wat iklan kat blog ni boleh saja, harga boleh runding.. Atau pun ada kerja kosong ke, boleh la rekemen kan kat aku. HEHE. Tak pun peluang perniagaan yang boleh aku buat ke, contohnya jadi agent pengedar ke ape ke kan? Semangat ni! Haha
Laman web mereka masih dalam pembangunan, so mereka masih menggunakan blogspot sebagai official website mereka. Kalau ada yang berminat dengan cerita Keluang Man, kini mereka dah keluarkan komik dan ia telah di pasarkan.

Maklumat lanjut boleh layari ke Laman web rasmi Keluang Man http://keluang-man.blogspot.com/

Posted in , , , , | 5 Comments

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)

Ini adalah sticky post! sila scroll ke bawah untuk entry terkini!


Erin ni kakak kepada Elia, dan si Elia ini adalah awek kepada penjaga gol Malaysia yang tengah meletup iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Disebabkan itu, aku nak jugak buat GA ni, kalau ada rezeki menang ke kan.

Nak tahu maklumat lanjut dan nak join GA ni, jom ke Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)!

P/S: Katanya pemenang akan dipilih mengikut random.org, tak pon dipilih oleh lelaki misteri! Aku rasa lelaki misteri tu Khairul Fahmi kot.. So, apex ko pilih la aku jadi pemenang weh.. HAHA

Posted in , , | 1 Comment

Komik Strip Lawak Bomax! #3 (Special Edition)

Tak jelas? Klik pada gambar untuk tumbesaran. (zoom)

Ini adalah komik yang pertama dipostkan di blog ini pada untuk tahun baru ini iaitu tahun 2011. Oleh sebab itu, kali ini komik agak menarik sebab aku dah masukkan warna untuk mecantikkan lagi komik tu. Kalau tak cantik, mintak maaflah ye. Hihi..

Sebenarnya aku pon belajar sendiri dengan bantuan video-video kat youtube macam mana nak guna photoshop masukkan kaler dalam komik. Aku amik masa dua hingga tiga hari untuk masukkan warna satu komik strip hingga siap. Kaedah dia agak cuma leceh, sebab kena banyak buat layer.

P/S: Harap korang boleh bagi komen. :)

Posted in , , , , | 7 Comments

Pemain Game Yang Pelik!

Korang yang kaki main game teringin tak, nak buat toilet korang macam gambar diatas? Haha.. Mesti korang nak kan? Sambil membuang pon masih tak ketinggalan nak main game yang kita mahu. Macam peribahasa, sambil menyelam minum air. Haha. Selain itu, gambar pelik yang tak berapa nak pelik untuk tontonan anda..



Posted in , , | 7 Comments

Kesinambungan Dahulu dan Kini Liverpool!

Peminat EPL konfom dah tau yang Liverpool telah mencatat kemenangan teruk (Kalah lagi...) kepada Blackpool 2-1 awal pagi tadi. Maka, aku nak post sedikit kesinambungan dahulu dan kini kelab Liverpool dari awal penubuhan hingga hari ini. HAHA.

Dahulu : Aku nak beritahu sejarah penubuhan kelab ini. Tapi aku malas nak ambil tahu siapa dan macam mana kelab ni mula bertapak. Yang pasti, DAHULU penubuhan kelab ini sama dengan pengeluar makanan dalam tin Ayam Brands!

Kini : Memang Liverpool dan Ayam Brands tiada kaitan, tapi KINI corak permainan Liverpool seperti ayam! Kalah memanjang! Nak menang susah betul la walaupun dekat home sendiri. Dengan itu, KINI gelaran yang sesuai untuk Liverpool adalah Cap Ayam

Dahulu : Aku pon takda lah tahu sangat pasal sejarah dunia bola dahulu kala ni. Tapi apa yang bapak aku beritahu, dan penyokong-penyokong Liverpool beritahu DAHULU Liverpool kuat! Tak kesah la, dekat EPL atau Champions League memang digeruni. NEVER WALK ALONE katanya.. HAHA.

Kini : Aku akui, Liverpool adalah big four team dalam EPL. Di Champions League pula, Liverpool memang beraksi mantap! Ada satu masa tu, walaupun prestasi kelab tu di EPL tak berapa baik, tetapi sebaliknya di Champions League. Itu DAHULU! Tetapi KINI, YOU ALWAYS WALK ALONE..HAHA.


Dahulu : Berkurun lama Carlsberg jadi penaja utama kelab ni kan? DAHULU, sponsor arak! Menang je, minum! Seri pon minum! Kalah pon minum jugak! Lepas training ke lepak-lepak ke, jangan cakap la... Mesti minum jugak! Sebab tu Kuat! Biasalah, mat salleh kan..

Kini : Semenjak Standard Chartered jadi penaja utama menggantikan Carlsberg, kelab ni nampak 'susah cari minum' kat EPL. Nak tapau kelab-kelab lain dah susah! Walaupun dengan kelab-kelab di tangga terbawah liga. KINI aku rasa lebih baik dia tukar penaja yang lebih sesuai dengan kelab ini. Nak tau apa? Standard Kampung sangat sesuai!

P/S: Disini nak mohon maaf kalau kata-kata dalam entri kali ini mengguris hati semua yang terlibat dengan Liverpool, dari orang tertinggi Liverpool hingga la kepada penyokong yang dahulu dan kini hatinya adalah untuk Liverpool.HAHA(GELAK RED DEVIL!!)

Posted in , | 4 Comments

Berita Facebook Akan Ditutup Adalah Tidak Benar!

Sekarang ni heboh di seluruh dunia yang laman social Facebook akan ditutup pada 15 Mac tahun ini yang kononnya telah disahkan oleh pengasas laman web itu sendiri iaitu Mark Zuckerberg. Desas-desus berita berkaitan laman social ini hendak ditutup telah direka oleh laman web Weekly World News dengan tajuk Facebook Will End Of March 15th!. Laman web tersebut menulis, Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

Selain Mark, Avrat Humarthi juga memberi kenyataan berikut di laman web tersebut kononnya ia adalah benar:

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook

Antara kenyataan pengasas FB di laman web Weekly World News kononnya:

“Facebook has gotten out of control.”

“I don’t care about the money, I just want my old life back.”

Sebenarnya itu adalah berita yang tidak benar! Itu hanya sekadar khabar angin, dan motif penulis laman web tersebut menyebarkan berita sedemikian belum pasti. Tetapi apa yang aku baca di laman-laman blog lain mengatakan bahawa, Weekly World News adalah satu laman web yang selalu menyebarkan berita-berita yang pelik lagi mengarut. Antara lain, FB juga menafikan akan menutup laman sosial mereka dilaman twitter. http://twitter.com/facebook/status/24237901457920002

Kalau FB nak ditutup, mesti ramai pengiklan-pengiklan di laman sosial tersebut mungkin akan terima notis daripada FB berkaitan penutupan ini lebih awal daripada kita. Tapi rasenya pengiklan-pengiklan kat FB takda cakap apa-apa pon kan...

P/S: Facebook ada baik dan buruknya. So, gunakan untuk kebaikan..

Posted in , | Leave a comment

Gol Celebration Yang Paling Lawak Di Dunia!

HAHA. Video gol celebration yang paling lawak penah aku tengok kat dunia ni! Dah gol, lepas tu celebrate tahap menganjing pihak lawak.. Aku rasa kalau masa Malaysia lawan Indonesia dulu dekat Stadium BGK, pemain Malaysia celebrate gol macam ni konfem penyokong dan pemain Indonesia panas hati punya lah! Silap-silap tak sempat balik kot pemain Malaysia.. HAHA. Tapi apa-apa pon tahniah!

Nak tau gol celebration yang ak cakap paling lawak di dunia dan tahp menganjing punya jom tgk video kat bawah ni..



Ada banyak lagi cara diorang ni celebrate gol yang tahap menganjing ni, tapi malas pulak nak masuk kan banyak2 kat sini. HAHA. Kalau korang nak tengok lagi celebrate gol dari team ni, cuba cari kat youtube. Korang search je GOAL CELEBRATION, tak pon STJARNAN FC nanti mesti korang jumpa. Semoga terhibur!

Posted in , , , | Leave a comment

Gambar Pemain Bola Sepak Dunia Yang Teruk!

Dikesempatan aku post entri baru ni, aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada korang yang terjah blog ni dan tinggalkan jejak kat sini tapi aku tak balas.. Aku sebenarnya sedang sibuk cari kerja, tengah sibuk mengatur hidup yang agak kucar-kacir ni.

Walau apa pon, aku tetap akan update blog ini tapi bukan macam dulu la. Sebab dah lama sangat tak post entri, ini la masanya nak post! Ini juga entri yang pertama untuk 2011.

Nak tunjuk karikator pemain-pemain bola yang agak lawak la bagi aku.. Contohnya Ronaldinho, yang tak berapa hensem tetapi dilukis lebih tak hensem oleh pelukis! Haishh... Apa-apa pon, tu sangat kreatif! Itulah dinamakan seni.. Hihi..












Mana gambar pemain yang paling terbaik bagi korang! Cepat pilih sekarang! HAHA..


P/S: Nak try buat jugak la lukisan menghanjing macam ni... HAHA!

Posted in , , | 6 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...